Ahad, 20 September 2015

Tajuk 10: Penyesuaian Sosial

PENGENALAN


Setiap pelajar yang baru memasuki pusat pengajian tinggi perlu melakukan penyesuaian dalam kalangan mereka. Kegagalan melaksanakan penyesuaian diri akan menyebabkan mereka gagal menyempurnakan pengajian. Pelajar yang gagal menyesuaikan diri ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan kehidupan di kampus. Penyesuaian juga merupakan sebagai proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam usaha individu berkenaan untuk memenuhi keperluannya dan mencapai matlamat dalam sesuatu persekitaran dan pada masa yang sama ia juga menghadapi tekanan dalam persekitaran tersebut yang memerlukan ia melakukan sesuatu.


Oleh yang demikian, penyesuaian adalah satu proses individu meneyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Dalam konteks ini, penyesuaian sosial meliputi tuntutan daripada aspek penglibatan dalam aktiviti sosial, hubungan dengan orang lain di kampus, hubungan dengan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka, dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kesemua tuntutan tersebut akan dapat ditangani sekiranya pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kecekapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai topik ini:
https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQRVNBYmhLamhwSjg/view?usp=sharing


Tiada ulasan:

Catat Ulasan