Ahad, 20 September 2015

Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.

Sila klik link dibawah ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai topik ini:
 https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQV1Z5Z04xUEVxalU/view?usp=sharing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan