Ahad, 20 September 2015

Tajuk 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

PENGENALAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, guru dan pelajar digalakkan menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Di samping itu, untuk menarik minat pelajar, sumber, bahan dan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakan dalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di institut perguruan telah diubahsuai untuk melatih bakal guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang berpusatkan sumber, bahan, pelajar dan aktiviti.


Amalan pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar di bilik kuliah banyak dipengaruhi oleh faktor seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa. Kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah bestari yang diwujudkan dan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran serta bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media telah digunakan dengan jayanya oleh guru di sekolah berkenaan. Sumber yang dugunakan didapati telah memberikan kesan kepada pencapaian pembelajaran seseorang pelajar.


Oleeh itu, sebagai pelajar di IPT anda harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaan sumber untuk mencapai dengan jayanya objektif pembelajaran yang telah dirancang. Anda perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah, khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan sumber pembelajaran dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset' tentang kepentingan dan peranan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.



Link bagi Bab 3:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQZ1VWSGN3WG1FaXM/view?usp=sharing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan