Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka |
2.9.2015 (Rabu)
Kami diberi tugasan untuk mencipta sebuah blog yang berkenaan dalam konteks syllabus pembelajaran Kemahiran Belajar (GKB 1053).
Sebelum itu, pensyarah kami Dr Kamaruddin Bin Haji Abu Hasan telah mendedahkan serba sedikit tentang pengenalan kepada blog. Pada tengah hari, kami dikehendaki untuk mula membuka akaun gmail sebagai langkah pertama membuat blog. Seterusnya, kami mendaftar blogspot melalui akaun gmail dan mula mendaftar sebagai pengguna blogspot.
Langkah pertama, kami mengisi maklumat tajuk, address dan membuat pilihan template. Apabila kami membuat paparan blog, kami didedahkan pula dengan kemahiran memasukkan gadget ke dalam blog masing-masing. Langkah yang seterusnya kami dikehendaki membuat catatan pertama yang bertajuk "Pengalaman Pertama Membuat Blog." Maka, inilah hasil catatan saya ! Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...
Sekian, terima kasih.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan