Ahad, 20 September 2015

Tajuk 10: Penyesuaian Sosial

PENGENALAN


Setiap pelajar yang baru memasuki pusat pengajian tinggi perlu melakukan penyesuaian dalam kalangan mereka. Kegagalan melaksanakan penyesuaian diri akan menyebabkan mereka gagal menyempurnakan pengajian. Pelajar yang gagal menyesuaikan diri ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan kehidupan di kampus. Penyesuaian juga merupakan sebagai proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam usaha individu berkenaan untuk memenuhi keperluannya dan mencapai matlamat dalam sesuatu persekitaran dan pada masa yang sama ia juga menghadapi tekanan dalam persekitaran tersebut yang memerlukan ia melakukan sesuatu.


Oleh yang demikian, penyesuaian adalah satu proses individu meneyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Dalam konteks ini, penyesuaian sosial meliputi tuntutan daripada aspek penglibatan dalam aktiviti sosial, hubungan dengan orang lain di kampus, hubungan dengan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka, dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kesemua tuntutan tersebut akan dapat ditangani sekiranya pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kecekapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai topik ini:
https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQRVNBYmhLamhwSjg/view?usp=sharing


Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.

Sila klik link dibawah ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai topik ini:
 https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQV1Z5Z04xUEVxalU/view?usp=sharing

Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai 'Learning Management System' (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).

LMS boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu 'proprietary' dan 'open source'. Contof LMS proprietary yang biasa digunakan adalah blackboard, manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai. LMS di SPIN merupakan sistem pengurusan pembelajaran dan pengajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin komputer dan tidak memerlukan kos yang banyak.


Sila klink link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan topik ini:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQa0o2cTQwYmcxeGs/view?usp=sharing

Bab 7: Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer

Secara amnya, perisian-perisian yang terdapat di pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Perisian sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar. Contoh perisian sistem pengoperasian antaranya ialah Microsoft Windows, DOS, Unix, Solaris dan sebagainya.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tajuk ini:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQd3ZuQUg1RnpqVGc/view?usp=sharing

Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

PENGENALAN

Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.


Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tajuk ini:
 https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQclh3SFM2LUhYc2c/view?usp=sharing