Ahad, 20 September 2015

Tajuk 10: Penyesuaian Sosial

PENGENALAN


Setiap pelajar yang baru memasuki pusat pengajian tinggi perlu melakukan penyesuaian dalam kalangan mereka. Kegagalan melaksanakan penyesuaian diri akan menyebabkan mereka gagal menyempurnakan pengajian. Pelajar yang gagal menyesuaikan diri ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan kehidupan di kampus. Penyesuaian juga merupakan sebagai proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam usaha individu berkenaan untuk memenuhi keperluannya dan mencapai matlamat dalam sesuatu persekitaran dan pada masa yang sama ia juga menghadapi tekanan dalam persekitaran tersebut yang memerlukan ia melakukan sesuatu.


Oleh yang demikian, penyesuaian adalah satu proses individu meneyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Dalam konteks ini, penyesuaian sosial meliputi tuntutan daripada aspek penglibatan dalam aktiviti sosial, hubungan dengan orang lain di kampus, hubungan dengan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka, dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kesemua tuntutan tersebut akan dapat ditangani sekiranya pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kecekapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai topik ini:
https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQRVNBYmhLamhwSjg/view?usp=sharing


Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.

Sila klik link dibawah ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai topik ini:
 https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQV1Z5Z04xUEVxalU/view?usp=sharing

Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai 'Learning Management System' (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).

LMS boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu 'proprietary' dan 'open source'. Contof LMS proprietary yang biasa digunakan adalah blackboard, manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai. LMS di SPIN merupakan sistem pengurusan pembelajaran dan pengajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin komputer dan tidak memerlukan kos yang banyak.


Sila klink link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan topik ini:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQa0o2cTQwYmcxeGs/view?usp=sharing

Bab 7: Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer

Secara amnya, perisian-perisian yang terdapat di pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Perisian sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar. Contoh perisian sistem pengoperasian antaranya ialah Microsoft Windows, DOS, Unix, Solaris dan sebagainya.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tajuk ini:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQd3ZuQUg1RnpqVGc/view?usp=sharing

Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

PENGENALAN

Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.


Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tajuk ini:
 https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQclh3SFM2LUhYc2c/view?usp=sharing

Bab 5:Kemahiran Mengambil Nota dan Membuat Nota

PENGENALAN

Anda mungkin diminta mencatat nota ketika menghadiri sesuatu program dan mengikuti kuliah secara formal. Sebagai seorang pelajar, anda mencatat nota dan bahan yang disampaikan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.


Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikkan teknik-teknik dan selok-belok untuk menyediakan nota yang bermutu.


Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tajuk ini:
https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQaUVhUF9hZ3FOdVU/view?usp=sharing

Bab 4: Teknik Membaca

PENGENALAN

Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, anda perlulah mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Kemahiran membaca sangat penting untuk membolehkan anda mendapat maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara.


Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubung kaitkan idea, menyoal, dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasi maklumat baru ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan merangkumi buku, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis, dan bahan-bahan rencana yang berkaitan. Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat penting dan perlu ditekankan oleh oleh para pelajar ketika membaca.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan topik ini:
https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQRDV3WW5LaWxmZnc/view?usp=sharing

Tajuk 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

PENGENALAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, guru dan pelajar digalakkan menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Di samping itu, untuk menarik minat pelajar, sumber, bahan dan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakan dalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di institut perguruan telah diubahsuai untuk melatih bakal guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang berpusatkan sumber, bahan, pelajar dan aktiviti.


Amalan pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar di bilik kuliah banyak dipengaruhi oleh faktor seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa. Kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah bestari yang diwujudkan dan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran serta bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media telah digunakan dengan jayanya oleh guru di sekolah berkenaan. Sumber yang dugunakan didapati telah memberikan kesan kepada pencapaian pembelajaran seseorang pelajar.


Oleeh itu, sebagai pelajar di IPT anda harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaan sumber untuk mencapai dengan jayanya objektif pembelajaran yang telah dirancang. Anda perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah, khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan sumber pembelajaran dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset' tentang kepentingan dan peranan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.



Link bagi Bab 3:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQZ1VWSGN3WG1FaXM/view?usp=sharing

Tajuk 2: Pengurusan Pembelajaran

PENGENALAN

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah. Pengurusan juga melibatkan kerjasama dengan orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai kesempurnaan. Mary Parker Follet (1995) merupakan seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.


Pembelajaran pula adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Bower dan Hilgard,1981). Sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam sesuatu situasi. Dalam menguruskan pembelajaran, terdapat beberapa elemen yang perlu difahami dan diteliti untuk membolehkan kita menguruskan pembelajaran dengan berkesan.



Sila klik link dibawah untuk pengetahuan yang lebih lanjut berkenaan bab ini:

https://drive.google.com/file/d/0B-mpD_SaPuAQU080TWVTRTNrdGM/view?usp=sharing

Bab 1: Pengenalan Kepada Kemahiran Belajar

PENGENALAN

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini  juga, pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat pelajar yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan kepada teknik pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan pelajar.


Belajar cara belajar diperkenalkan dalam pendidikan adalah kerana proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad. Hal ini menyebabkan pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh seseorang pelajar di dalam kelas juga adalah terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pelajar perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan b=dan bagi pelajar di IPT pula mereka perlu meneruskan pembelajaran mereka di waktu luar kuliah. Pelajar perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu dengan menguasai elemen kemahiran belajar sejajar dalam matlamat pendidikan yang bertujuan menyemai kemahiran belajar seumur hidup dalam kalangan pelajar.


Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan tajuk ini:

https://drive.google.com/file/d/0B7dluw8XJHUPSmVQVkFSNng3aUU/view?usp=sharing

Sabtu, 19 September 2015

Pengalaman Kali Pertama Membuat Blog

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka


2.9.2015 (Rabu)
Kami diberi tugasan untuk mencipta sebuah blog yang berkenaan dalam konteks syllabus pembelajaran Kemahiran Belajar (GKB 1053).

Sebelum itu, pensyarah kami Dr Kamaruddin Bin Haji Abu Hasan telah mendedahkan  serba sedikit tentang pengenalan kepada blog. Pada tengah hari, kami dikehendaki untuk mula membuka akaun gmail sebagai langkah pertama membuat blog. Seterusnya, kami mendaftar blogspot melalui akaun gmail dan mula mendaftar sebagai pengguna blogspot.

Langkah pertama, kami mengisi maklumat tajuk, address dan membuat pilihan template. Apabila kami membuat paparan blog, kami didedahkan pula dengan kemahiran memasukkan gadget ke dalam blog masing-masing. Langkah yang seterusnya kami dikehendaki membuat catatan pertama yang bertajuk "Pengalaman Pertama Membuat Blog." Maka, inilah hasil catatan saya ! Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... 

Sekian, terima kasih.